Isnin, 3 Jun 2013

AYAM GORENG LEMON

AYAM GORENG LEMON

Bhn2:

200 gm ayam - potong ikut suka
1 sdk gula kastor - sy guna gula biasa je.
30 gm Tepung kastard 
- Liza guna tepung tempura jer..
1 biji kuning telur
lada putih - secukup rasa

Untuk Sos :

1/4 cawan Jus Lemon
2 sdk stok ayam 
- guna air pun blh bah...
sedikit bancuhan tepung jagung
Garam & Gula - sy letak gula lebih sedikit sebab lemon tu dh masam


Cara2nya:

1. Lumurkan ayam dgn gula castor , garam dan lada putih. Perapkan seketika.
2. Kukuskan ayam yg telah diperap tadi selama 10 -15 minit..
3. Salutkan ayam dengan tepung kastard dan kuning telur.
4. Goreng ayam sehingga kuning.
5. Untuk sosnya panaskan jus lemon dan stok ayam. Campurkan tepung jagung dengan sedikit air. Perasakan garam dan gula.
6. Akhir sekali satukan sos dan ayam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan