Isnin, 3 Jun 2013

RESEPI KUIH SERIMUKA@PUTRI SALAT

RESEPI KUIH SERIMUKA@PUTRI SALAT
 source : lydia@my kitchen
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

 Bahan-bahan
(loyang 8incix8inci)

LAPISAN BAWAH
 • 250g beras pulut - rendam 3-4jam, kemudian toskan
• 170ml santan cair
• ¼ sk garam LAPISAN ATAS
 • 2 biji telur
• 150g gula - hana letak 130g mcm kak.sofea
• 120ml air pandan
• 400ml santan
• 120g tepung gandum
• 3 sb tepung ubi
• ¼ sk garam
• Pewarna hijau - optional Cara-cara

 • LAPISAN BAWAH : Satukan beras pulut, santan cair dan juga garam. Gaul dan kukus lebih kurang 30min atau sehingga pulut masak. Rehatkan 10min dan pindahkan ke dalam loyang dan tekan padat.

 • LAPISAN ATAS : Pukul sebentar telur dan juga gula hingga gula larut. Kemudian masukkan air pandan, santan, garam dan juga pewarna. Kacau. Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan. Kacau sebati dan rehatkan 10min. • Tapiskan adunan ke atas lapisan pulut dan kukus 30min. Sejukkan baru potong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan